FAQs
Takaful STU Health Care ( STUHC )
Untuk mendapatkan senarai hospital panel terkini, anda boleh merujuk di sini:
https://nutpinsurance.com/ref/brochure/Panel%20Hospital%20-%20PruBSN.pdf
Pasangan dan anak-anak boleh meneruskan penyertaan, selagi ahli berada dalam skim ini. Perlindungan untuk pasangan dan anak-anak akan ditamatkan serta-merta, sekira berlakunya salah satu perkara di bawah:
(a) Polisi ahli terluput;
(b) Ahli mencapai umur perlindungan maksimum, iaitu 75 tahun;
(c) Ahli membuat penamatan polisi;
(d) Ahli meninggal dunia.
Sekiranya pemeriksaan perubatan / pemeriksaan kesihatan adalah untuk tujuan penyiasatan, kos tersebut tidak akan dibiayai. Walaubagaimanapun, sekiranya sebarang rawatan lanjut / pembedahan diperlukan selepas pemeriksaan, kos pemeriksaan tersebut boleh dituntut kemudian di bawah Ujian Diagnosis Sebelum Masuk Hospital.
Untuk kes polisi terluput, ahli boleh menyertai semula melalui permohonan baharu dengan pengunderaitan.
Sekiranya permohonan diluluskan, polisi ahli akan didaftarkan dengan Tarikh Berkuatkuasa baharu. Syarat-syarat di bawah terpakai untuk polisi baharu:
(a) Penyakit Sedia Ada sebelum Tarikh Berkuatkuasa polisi tidak akan dilindungi.
(b) Tempoh Menunggu selama 30 hari akan dikenakan.
(c) Untuk Tuntutan berkaitan dengan Penyakit Tertentu, tempoh menunggu selama 120 hari akan dikenakan.
Ahli tersebut boleh menaik taraf bilik, dan beliau perlu membuat bayaran tambahan seperti di bawah:
(a) Untuk kos bilik RM300 dan ke bawah, ahli perlu membayar perbezaan kos bilik tersebut.
(b) Untuk kos bilik melebihi RM300, ahli perlu membayar perbezaan kos bilik tersebut, dan 20% ko-pembayaran (co-payment) daripada jumlah bil hospitalisasi.
